Kalau you tengah cari cara buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, artikel ni memang untuk you.
I nak share dengan jujur kenapa ramai yang pilih bisnes Etsy untuk mula jana income secara online, walaupun tanpa modal besar, tanpa team, dan tanpa perlu buat live sale.
Keyword penting yang selalu orang cari sekarang?
Semua keyword ni I akan explain dalam konteks realiti dunia Etsy hari ini.
Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
– Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
– Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
– Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
– 3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva
Kenapa Etsy Jadi Pilihan Ramai?
You tahu tak, website Etsy sekarang ada lebih 500 juta pelawat setiap bulan? Yes, 500 juta. Bukan 500 ribu.
Bayangkan you jual produk digital dengan Canva, dan dapat tarik 0.001% dari trafik tu. Tu pun dah boleh jadi 50 ke 100 sales sebulan.
Kalau you betul-betul serius nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, you memang tak patut abaikan potensi Etsy ni.
1. Trafik Yang Banyak
Ni antara sebab utama kenapa I pilih Etsy. Sebab dia memang platform yang ada buyer aktif setiap masa. Setiap bulan, beratus juta orang cari produk digital, template, planner, resume dan pelbagai benda unik kat situ.
Kalau you nak mula bisnes Etsy dengan Canva, ini antara tempat terbaik untuk start.
2. Pasaran Global
Etsy bukan platform lokal. Bila you buka kedai, you bukan jual untuk Malaysia je. Tapi untuk US, UK, Australia, Canada, dan buyer dari seluruh dunia.
Kalau produk digital you relevan dengan global audience, peluang untuk buat duit online tanpa modal dengan Etsy makin besar.
3. Niche Market Yang Spesifik
Kat Etsy, produk yang pelik sikit pun ada demand. Malah produk yang terlalu ‘biasa’ pun susah nak survive. Sebab tu kena fokus pada niche yang unik dan spesifik.
Contoh:
- Template undangan nikah Islamik dalam Bahasa Inggeris
- Planner bajet untuk mak-mak yang bekerja
- Wall art Quranic quotes dalam gaya minimalis
Lagi niche, lagi senang untuk standout dalam carian.
4. Platform Yang Dipercayai
Etsy dah lama establish. Buyer dan seller pun tahu sistem dia memang trusted. Seller ada support system. Buyer pun yakin nak beli tanpa rasa risau.
Bila you jual produk digital dari rumah guna Canva, platform Etsy ni sangat memudahkan urusan.
Apa Yang Buat Etsy Lain Dari Yang Lain?
Kalau banding dengan Shopee atau TikTok, Etsy ada kelebihan dia yang tersendiri. Kalau you minat bisnes digital, especially jual benda macam planner, template, atau sticker, Etsy memang sesuai sangat.
Dan ini antara sebab utama lagi kenapa bisnes Etsy makin naik.

5. Modal Rendah
Nak mula bisnes Etsy? Listing fee hanya $0.20 per item. Maksudnya, tak sampai RM1 pun.
You boleh mula dengan satu produk je dulu. Buat dalam Canva, upload ke Etsy, tulis description dan letak harga. Tak perlu simpan stok, tak perlu hire staff.
Bagi yang nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva secara low risk, Etsy memang win.
6. Risiko Rendah
You cuma perlu bayar Etsy bila produk you laku. Kalau listing tak terjual, you cuma rugi $0.20 — bukan RM200.
Kalau buat duit online tanpa modal dengan Etsy, risiko rendah ni memang sangat membantu especially untuk beginner.
7. Fleksibel & Boleh Buat Part Time
Ramai student, ibu bekerja, atau full-timer start Etsy sebagai side income. Sebab Etsy ni sangat fleksibel.
You boleh:
- Uruskan kedai ikut masa lapang
- Buat produk masa cuti weekend
- Update listing waktu malam sebelum tidur
Tak ganggu kerja utama langsung. Dan boleh jana extra income dari rumah.
8. Boleh Dapat Income Tanpa Perlu Pegang Stok
Ni yang paling best bila jual produk digital.
- Tak perlu bungkus barang
- Tak perlu post parcel
- Tak perlu simpan stok
Buyer akan terus dapat download selepas bayar. Semua jalan secara auto.
Lagi mudah kalau you guna Canva untuk design dan terus jual dalam format PDF atau editable template.

9. Boleh Dapat 50 Sales Sebulan Dengan Strategi Yang Betul
I sendiri dah capai 50 sales sebulan di Etsy. Dan I tahu, ramai student I pun mula dapat 10–30 sales konsisten selepas 1–2 bulan mula serius.
Apa yang penting:
- Kena tahu keyword
- Kena tahu cara branding produk
- Kena tahu audience you siapa
Dengan strategi yang betul, memang boleh grow pelan-pelan sampai dapat side income 3–4 angka sebulan.
10. Sky is The Limit
Kalau hari ni you mula dengan RM0, itu tak bermakna you akan stuck kat situ.
Ramai seller Etsy bermula sebagai solo seller. Tapi lepas 1 tahun, ada yang quit kerja dan full-time jual produk digital je. Semua sebab mereka konsisten.
So yes, buat duit online tanpa modal dengan Etsy ni memang real. Tapi perlu sabar, fokus, dan ada goal.
Kesimpulan: Buat Duit Dari Rumah Dengan Etsy dan Canva
Kalau selama ni you rasa buat duit online tu hanya untuk influencer, atau mereka yang ada duit banyak untuk ads, now you know that’s not true.
Dengan Etsy, you boleh mula dari rumah. Guna Canva. Tanpa modal besar. Tanpa perlu tunjuk muka.
Dan yang paling penting: buyer memang datang untuk membeli, bukan sekadar tengok.
Kalau you follow strategi yang betul, susun produk cantik-cantik, optimize listing, dan faham niche — you akan nampak result.
Mulakan dengan 1 listing pun takpe. Asalkan you mula.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Saya tak pandai design. Boleh ke mula?
Boleh. Canva sangat mudah digunakan. You boleh guna template, ubah sikit ikut citarasa, dan terus upload ke Etsy.
2. Perlu guna Canva Pro ke?
Tak wajib. Canva Free pun dah cukup untuk mula. Tapi Canva Pro ada banyak elemen premium yang bantu hasilkan produk yang nampak mahal.
3. Berapa lama nak dapat sale?
Kalau keyword betul, gambar menarik, dan produk relevan — ada seller yang dapat sale dalam seminggu pertama. Tapi biasa dalam 1–4 minggu.
4. Apa jenis produk digital paling mudah mula?
Planner, wall art, resume template, dan sticker. Semua boleh dibuat dalam Canva dan tak perlukan kemahiran tinggi.
5. Saya tak ada akaun bank luar negara, boleh ke mula?
Boleh. Etsy boleh connect dengan Bank Local untuk payout ke akaun bank Malaysia.