Zaman sekarang, buat duit online dah jadi satu trend yang besar.

Ramai yang cari cara untuk tambah pendapatan dari rumah, dan teknologi pun banyak bantu untuk mudahkan usaha kita.

Dalam artikel 10 Cara Buat Duit Online Tahun 2025 – Panduan Santai Beginner Buat Duit Dari Rumah ni, I akan kongsi 10 cara buat duit online yang you boleh cuba, lengkap dengan panduan untuk bermula di setiap platform.

Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva

1. Jual Template Canva di Etsy

Cara pertama untuk Buat Duit Online Tahun 2025 adalah Jual Template Canva di Etsy *my favorite.

Cara mula bisnes di Etsy:

Sign up akaun di Etsy – Pergi ke etsy.com dan klik ‘Get Started’ untuk daftar akaun sebagai seller.

Buat Akaun Canva – Pergi ke canva.com untuk buat akaun percuma atau upgrade ke Canva Pro untuk lebih banyak ciri.

Cipta Template – Rekabentuk template seperti planner, jadual bulanan atau social media templates di Canva.

Muat Naik Produk – Setelah template siap, upload ke kedai Etsy bersama deskripsi produk dan harga.

Dengan template yang unik, you boleh mula jana pendapatan secara pasif di Etsy.

Ramai yang sanggup bayar untuk template sedia guna, jadi ini adalah peluang baik untuk you buat duit online dari rumah dengan Etsy dan Canva.

2. Tawarkan Servis di Fiverr

Fiverr sesuai untuk sesiapa yang ada kemahiran tertentu, seperti penulisan, design grafik, atau voice-over. Yang bestnya semua skill ni boleh belajar, you kena explore je apa yang you nak belajar di Youtube.

Platform ni mesra pengguna dan mudah diakses, menjadikan ia pilihan yang bagus untuk buat duit online. Tambahan pula, you boleh tetapkan harga servis mengikut pakej yang you tawarkan.

Langkah mula bisnes tanpa modal di Fiverr 👇🏻

Daftar di Fiverr – Pergi ke fiverr.com dan klik ‘Join’ untuk buat akaun.

Bina Profil dan Gigs – Cipta gig yang sesuai dengan servis you tawarkan.

Tetapkan Harga dan Terbitkan Gig – Pilih harga dan publish gig untuk mula menarik pelanggan.

Fiverr ni platform popular tau, I sendiri dah buat lebih RM3000 di Fiverr.

3. Jual Buku Digital atau Buku Mewarna di Amazon KDP

Kalau you suka menulis, atau pandai buat buku mewarna, Amazon KDP (Kindle Direct Publishing) membolehkan you jual buku digital secara global tanpa modal besar.

You tak perlu simpan stok atau urus cetakan, sebab Amazon akan print buku hanya bila ada pembelian.

Langkah mula bisnes tanpa modal di Amazon KDP 👇🏻

Daftar di Amazon KDP – Buka akaun percuma di kdp.amazon.com.

Sediakan Buku – Susun dan formatkan buku dalam bentuk PDF atau Word.

Upload dan Tetapkan Harga – Muat naik buku dan tetapkan harga.

Dengan Amazon KDP, you boleh buat duit online dari rumah dan kongsi karya dengan pembaca seluruh dunia.

4. Jadi YouTuber

YouTube adalah platform yang sangat besar dengan peluang yang luas. Kalau you suka cakap depan kamera atau ada idea menarik atau minat untuk berkongsi ilmu, ini adalah platform yang sesuai untuk buat duit online.

You boleh jana pendapatan melalui iklan, kolaborasi, atau even sponsorship.

Sky is the limit with Youtube.

Tips penting sebagai seorang Youtuber yang memiliki lebih 40,000 pengikut (yep, that’s me, a few years ago) hehe. You perlu konsisten di Youtube dan buat video yang popular.

Langkah mula bisnes tanpa modal di Youtube 👇🏻

Buka Akaun YouTube – Log masuk dengan akaun Google dan klik ‘Create Channel’.

Mulakan Channel YouTube – Tetapkan niche dan nama channel.

Upload Video – Rakam dan muat naik video pertama you.

Monetize Channel – Bila capai syarat, you boleh apply untuk Program YouTube Partner.

Jadi YouTuber bukan hanya peluang buat duit, tapi juga cara untuk bina komuniti dan kembangkan personal brand you. Super berbaloi.

Tapi ingat, nak buat bisnes di Youtube ni makan masa. Semuanya makan masa .

5. Jadi Content Creator di TikTok atau Instagram

Content creation di media sosial kini semakin popular. Platform seperti TikTok dan Instagram menawarkan peluang besar untuk buat duit melalui paid review ataucollaborations, sponsorships, atau affiliate marketing.

You boleh kongsikan passion atau kemahiran sambil jana pendapatan.

Langkah mula bisnes tanpa modal di Instagram / Tiktok 👇🏻

Buat Akaun di TikTok/Instagram – Daftar akaun dan pilih niche yang sesuai.

Kongsi Content Menarik – Upload secara konsisten dengan guna hashtag popular.

Promosi Affiliate – Cara mudah buat duit di Tiktok adalah dengan tambah beg kuning dari Tiktok shop lain.

Kolaborasi dengan Brand – Bila followers dah meningkat, jenama besar akan mula approach untuk kolaborasi. You boleh mula berkolaborasi walaupun hanya dengan 1,000 followers.

Ini adalah cara mudah buat duit online dari rumah dengan hanya guna handphone dan kreativiti!

Dalam video Tiktok ni I kongsikan income I dapat dari Etsy setiap bulan > KLIK SINI UNTUK TENGOK INCOME I BUAT DENGAN JUAL CANVA TEMPLATE

6. Melabur dalam Saham atau Forex

Saham dan forex adalah cara buat duit online yang boleh bagi pulangan tinggi. Walaupun ada risiko, dengan ilmu yang betul, pelaburan ni boleh jadi cara yang lumayan untuk jana pendapatan. Ia juga memberi peluang untuk belajar lebih tentang kewangan.

Langkah mula bisnes tanpa modal dengan Saham atau Forex 👇🏻:

Buka Akaun Trading – Daftar di platform seperti eToro atau Rakuten Trade.

Belajar Asas Pelaburan – Mulakan dengan kursus atau panduan pelaburan online.

Mulakan dengan Modal Kecil – Elakkan risiko besar dengan mulakan dari modal kecil.

Pelaburan saham dan forex memerlukan disiplin dan kesabaran, tetapi ia juga boleh jadi sumber pendapatan jangka panjang.

7. Jual Sticker Custom di Etsy atau Shopee

Sticker custom sangat popular di kalangan remaja dan mereka yang minat dekorasi. Jika you suka melukis atau design, cuba jual sticker yang unik dan menarik. Permintaan untuk sticker sentiasa ada dan modal permulaan adalah SANGAT kecil.

Langkah mula bisnes tanpa modal dengan jual sticker 👇🏻

Daftar di Etsy atau Shopee – Buka akaun seller di etsy.com atau shopee.com.

Design Sticker – Gunakan aplikasi seperti Canva atau Procreate untuk reka sticker.

Upload Listing – Upload design sticker you dan tulis deskripsi yang menarik.

Sticker custom adala≥÷≤´h cara kreatif untuk buat duit online dan sesuai untuk you yang ada minat dalam seni.ß

8. Jual Seni atau Artwork di Platform Online

Kalau you berbakat dalam seni, Printify, Prinful atau Redbubble adalah platform yang sesuai untuk jual karya seni tanpa perlu urus cetakan atau stok.

You boleh upload design dan ia akan dicetak pada produk bila ada pembeli.

Langkah mula bisnes tanpa modal dengan jual seni artwork 👇🏻

Daftar akaun – Buka akaun di Printify atau Printful

Upload Artwork – Muat naik karya seni you

Pilih Produk Cetak – Pilih produk seperti t-shirt, phone case, atau poster untuk dijual.

Connect dengan Etsy – You perlu upload produk di platform Etsy dan connect dengan Printify atau Printful.

Ini adalah cara menarik untuk buat duit online sambil tunjukkan karya kepada khalayak yang lebih luas.

9. Mulakan Dropshipping

Dropshipping membolehkan you jual produk tanpa simpan stok, menjadikannya pilihan terbaik untuk buat duit online tanpa modal besar.

You hanya perlu uruskan pemasaran dan jualan, sementara pembekal yang uruskan penghantaran.

Langkah mula bisnes tanpa modal dengan dropshipping 👇🏻

Daftar Akaun di Shopify atau WooCommerce – You boleh buat website dropshipping di shopify.com.

Cari Pembekal melalui Oberlo atau AliExpress – Gunakan aplikasi dropshipping untuk pilih produk.

Tambah Produk di Kedai Shopify – Import produk, tetapkan harga jualan dan promosi sama ada melalui Ads atau organik.

Model dropshipping sangat popular sebab mudah untuk dimulakan, dan you boleh buat duit online dengan urus perniagaan dari rumah.

10. Jadi Affiliate Marketer

Affiliate marketing sesuai untuk mereka yang suka berkongsi produk atau perkhidmatan dengan orang lain.

You tak perlu simpan stok atau uruskan pembelian, tapi hanya promote link affiliate dan dapat komisen.

Langkah mula bisnes tanpa modal dengan jadi affiliate 👇🏻

Daftar sebagai Affiliate di Platform Pilihan – Banyak platform macam Shopee, Lazada, atau seller digital yang ada program affiliate.

Promosikan Produk – Kongsi link di media sosial atau blog.

Dapatkan Komisen – Setiap kali ada jualan dari link you, you akan dapat komisen dari 1% hingga 60%

Affiliate marketing adalah cara yang mudah untuk buat duit online tanpa modal, dan sesuai untuk beginners yang baru nak cuba.

Dengan 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Tahun 2025 ni, you ada pelbagai pilihan untuk mulakan perjalanan buat duit online.

Pilih yang sesuai dengan minat dan kemahiran, dan ingat untuk konsisten.

Buat duit online dari rumah bukan sahaja boleh tambah pendapatan, tapi juga bagi peluang untuk bina kerjaya yang fleksibel dan menarik.

Good luck.

Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY