Sekarang ni era digital, ramai yang dah pandai guna Canva untuk pelbagai tujuan. Ada yang buat poster, ada yang buat slide presentation.
Canva adalah satu alat reka bentuk grafik online yang sangat user-friendly, membolehkan sesiapa sahaja, tanpa mengira kemahiran design atau kreativiti, untuk mencipta design yang menarik.
Tapi sayangnya, ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya kita boleh buat duit dengan Canva.
Dalam blogpost ini, I akan kongsikan cara-cara untuk you buat duit dengan Canva, khususnya melalui Etsy, serta pengalaman peribadi I dalam menjana pendapatan melalui platform ini.
Apa Itu Canva?
Kalau you masih baru dan tak tahu apa itu Canva, biar I terangkan.
Canva adalah design tool atau website yang membolehkan pengguna mencipta pelbagai jenis reka bentuk seperti poster, kad ucapan, infografik, logo, dan banyak lagi.
Canva menawarkan pelbagai template yang cantik dan profesional, jadi you tak perlu mula dari kosong.
Canva juga sangat mudah digunakan dengan, jadi walaupun you tak ada latar belakang dalam reka bentuk, you masih boleh menghasilkan sesuatu yang menarik.
Cara Menggunakan Canva
Untuk mula menggunakan Canva, you hanya perlu ikut beberapa langkah mudah ni:
- Daftar Akaun
Pergi ke laman web Canva (http://www.canva.com) dan daftar akaun. You boleh pilih akaun percuma atau berbayar (Canva Pro) bergantung kepada keperluan you. - Pilih Template
Canva menawarkan ribuan template untuk pelbagai kategori. Pilih template yang sesuai dengan keperluan you. - Ubahsuai Design
Gunakan tools dalam Canva Canva untuk menukar teks, gambar, warna, dan elemen reka bentuk lain. You boleh muat naik gambar sendiri atau guna gambar percuma dari Canva Library. - Simpan dan Muat Turun:
Setelah puas hati dengan reka bentuk you, simpan dan muat turun dalam format yang diperlukan (PNG, JPG, PDF, dll.).
Bagaimana Cara Buat Duit dengan Canva?
Bila dah mahir menggunakan Canva, you boleh mula fikirkan cara untuk menjana pendapatan atau buat side income dengan Canva.
Ada beberapa cara untuk buat duit dengan Canva, tapi cara kesukaan I adalah dengan berkongsi design tersebut di Etsy.
Apa Itu Etsy?
Etsy adalah platform e-commerce antarabangsa yang fokus kepada barang-barang handmade, vintage, dan barang-barang unik.
Ia adalah tempat untuk pereka dan kreatif menjual hasil kerja mereka kepada pelanggan di seluruh dunia.
Etsy juga membolehkan you menjual produk digital seperti template Canva, yang bermaksud you tak perlu risau tentang simpan stok atau menghantar barang fizikal.
Bagaimana Cara Etsy Bantu Buat Duit dengan Canva?
Untuk buat duit dengan Canva melalui Etsy, you hanya perlu ikuti beberapa langkah.
- Buka Kedai di Etsy
Pergi ke laman web Etsy dan daftar akaun dahulu. Kemudian baru you boleh buka shop Etsy. Buka shop you dengan nama yang menarik dan relevan. - Cipta Produk Digital
Untuk buka shop Etsy, you perlu ada satu produk.
Gunakan Canva untuk cipta produk digital pertama you seperti social media template, ebook design, template untuk planner, kad ucapan, poster, dan sebagainya. Pastikan reka bentuk you unik dan menarik. - Listing Produk
Upload design you ke Etsy sebagai produk digital dalam format PDF. Tulis deskripsi produk yang menarik dan jelas, serta gunakan kata kunci yang sesuai untuk meningkatkan peluang produk you ditemui oleh pembeli. - Promosi dan Pemasaran
Kalau rajin gunakan media sosial, blog, atau emel untuk mempromosikan shop dan produk you. Tapi langkah ni optional. You boleh dapat jana side income di Etsy walaupun tanpa promosi ke media sosial.
Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY
Berapa Income Saya Dapat dengan Jual Canva Template di Etsy?
Sejak mula menceburi bidang Etsy ni, I berjaya menjana pendapatan yang konsisten di Etsy setiap bulan.
Alhamdulillah tak sangka boleh dapat konsisten 4 angka sebulan dengan hanya jual Canva Template.
Pada mulanya, I hanya menjual beberapa template dan menerima sedikit jualan.
Tapi dengan usaha keras dalam memperbaiki design dan upload lebih banyak variasi produk, I berjaya tingkatkan jualan ke hampir 2000 sales.
Setakat ini, I dah berjaya mencapai pendapatan bulanan yang stabil.
Pada bulan pertama I mula dapat income di Etsy, I berjaya menjana sekitar RM600. Tapi selepas beberapa bulan, pendapatan bulanan I meningkat kepada RM2000 hingga RM5000.
Jumlah ini mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung kepada usaha anda.
Dalam video Tiktok ni I kongsikan income I dapat dari Etsy setiap bulan > KLIK SINI UNTUK TENGOK INCOME I BUAT DENGAN JUAL CANVA TEMPLATE
Tips Tambahan untuk Berjaya di Etsy
Ini adalah beberapa tips yang you boleh ikut untuk buat sale di Etsy dengan jual Canva
- Kualiti Design
Pastikan design you berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan pasaran.
Paling penting you perlu lakukan kajian terlebih dahulu untuk tahu apa yang trending dan apa yang pembeli cari. - Harga yang Kompetitif
Ramai beginner yang salah letak harga. Harga yang ditetapkan mestilah berpatutan untuk produk you. Jangan terlalu mahal atau terlalu murah. Lakukan kajian harga pasaran sebelum menetapkan harga, okay? - Konsisten
Sentiasa kemas kini dan tambah produk baru dalam shop Etsy you. Lagi banyak pilihan, lagi tinggi peluang untuk menarik pembeli. - Gunakan Pinterest
Jangan tinggalkan Pinterest, hanya dengan satu klik sahaja you dah boleh post produk you ke Pinterest.
Soalan lain tentang cara buat duit dengan Canva
1. Bagaimana cara jual template Canva di Etsy?
Untuk jual template Canva di Etsy, you perlu mendaftar sebagai penjual di Etsy, cipta produk digital menggunakan Canva, dan upload design tersebut sebagai produk di Etsy.
2. Bolehkah saya buat duit dengan Canva secara percuma?
Ya, you boleh buat duit dengan Canva walaupun menggunakan akaun percuma, bukan Canva Pro. Hanya guna template dan elemen percuma yang disediakan oleh Canva untuk buat design. Walaupun akaun Pro mempunyai lebih banyak pilihan, akaun percuma masih cukup untuk hasilkan reka bentuk yang menarik dan menjualnya.
3. Bagaimana buat duit dengan Canva PDF?
You boleh cipta pelbagai dokumen PDF menggunakan Canva seperti e-book, planner, resume, dan sebagainya. Muat naik PDF ini ke platform jualan digital seperti Etsy untuk buat side income.
4. Bolehkah saya buat duit dengan Canva ?
Ya! You boleh buat duit dengan Canva. Caranya cuma jual design tersebut di platform pilihanan anda. Pilihanan platform saya adalah Etsy. KLIK SINI UNTUK BELAJAR CARA JUAL DI ETSY
5. Bagaimana buat duit dengan Canva download?
You boleh buat design digital seperti wallpaper, planner, kad ucapan, dan sebagainya menggunakan Canva. Kemudian, upload design ini ke platform jualan digital.
6. Bagaimana cara jadi contributor Canva? Untuk menjadi contributor di Canva, you perlu mendaftar sebagai pencipta kandungan dan memuat naik reka bentuk atau elemen yang you hasilkan. Jika reka bentuk you diterima, Canva akan membayar you setiap kali reka bentuk tersebut digunakan oleh pengguna Canva lain.
7. Bolehkah jual template Canva di Shopee? Ya, you boleh jual template Canva di Shopee. Hanya muat naik produk digital you sebagai item digital di Shopee .Tapi bezanya dengan Etsy adalah Etsy adalah pasaran antarabangsa, dan dapat mencapai lebih ramai pelanggan yang mungkin berminat dengan design anda.
Kesimpulan
I harap blogpost ni dapat memberi inspirasi dan panduan kepada you semua yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Canva.
Buat duit dengan Canva melalui Etsy adalah peluang emas untuk sesiapa sahaja yang kreatif dan bersemangat untuk buat duit atau buat side income pada tahun 2024.
Dengan sedikit usaha dan kreativiti, you boleh menjana pendapatan yang stabil dan berkembang di Etsy.
Jadi korang nak buat side income di Etsy juga dengan jual template Canva > KLIK SINI UNTUK MULA BUAT DUIT DENGAN CANVA DANBELAJAR CARA JUAL DI ETSY
Jangan lepaskan peluang ini. Mula sekarang dan lihat bagaimana Canva dan Etsy boleh bantu you mencapai impian kewangan you.
Semoga berjaya! ✅
Kalau ada sebarang soalan atau nak kongsikan pengalaman, jangan segan untuk tinggalkan komen di bawah.
Terima kasih kerana sudi baca.