I tahu mesti some of you kat sini nak mula bisnes Etsy tapi tak ada idea nak jual produk apa.
Cari idea produk digital bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Dalam otak I ni, always overflowing with ideas. Kalau you tak ada idea produk apa yang boleh dijual di Etsy, you come to the right place beb.
Follow me so I boleh share lagi banyak idea produk untuk dijual di Etsy dengan you.
Ini adalah 4 tips mudah untuk dapatkan idea produk apakah yang boleh dijual di Etsy.
Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
– Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
– Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
– Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
– 3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva
1. Fikirkan Minat You
Pertama sekali, fikirkan apa yang you minat. Adakah you suka melukis? Atau mungkin you mempunyai kelebihan dalam penulisan atau fotografi?
Gunakan minat you sebagai inspirasi untuk idea produk digital. Sebagai contoh, kalau you suka melukis, you boleh buat duit dari rumah dengan Canva dengan mencipta template design yang cantik untuk dijual di Etsy.
Canva adalah platform yang mudah digunakan untuk buat design menarik.
Dengan minat yang mendalam, you akan lebih bersemangat dan kreatif dalam menghasilkan produk. Ini akan membantu you buat duit online dengan Etsy dari rumah dengan lebih efektif.
Bila you buat sesuatu yang you suka, kerja jadi lebih seronok dan tak terasa seperti beban.
2. Tiruvasi (Tiru dan Inovasi)
Tengok apa yang orang lain jual di Etsy sendiri dan cuba fikirkan bagaimana you boleh tambah nilai atau beri sudut pandang yang berbeza kepada produk tersebut.
Proses ini dikenali sebagai tiruvasi, gabungan perkataan “tiru” dan “inovasi”. You boleh ambil inspirasi daripada produk yang laku keras di Etsy dan buat perubahan yang membuatkan produk you unik dan lebih menarik.
Contohnya, jika you nampak banyak seller yang menjual planner digital, cuba fikirkan cara untuk menambah nilai pada planner tersebut. Mungkin you boleh tambah elemen interaktif, atau buat tema yang lebih spesifik seperti planner untuk ibu bekerja atau pelajar universiti.
Dengan cara ini, you boleh buat duit dari rumah dengan Canva dan hasilkan produk yang mempunyai keunikan tersendiri.
3. Kenali Target Market You
Fikirkan siapa target market you. Apa yang mereka perlukan? Apa yang mereka suka? Apa yang mereka cari? Dengan memahami keperluan dan keinginan target market you, you dapat cipta produk yang mereka inginkan.
Contoh, jika target market you adalah golongan ibu muda, mungkin you boleh hasilkan template untuk baby shower atau jadual penyusuan bayi.
Mengenali target market dengan baik akan membantu you buat duit online dengan Etsy dari rumah dengan lebih mudah. You boleh guna platform seperti Pinterest atau Instagram untuk melihat trend terkini dan memahami apa yang target market you suka.
Jangan lupa juga untuk baca review dan feedback daripada shop yang sedia ada di Etsy untuk dapatkan insight yang berguna.
4. Buat Je!
Jangan takut untuk mencuba. Mungkin produk pertama you tidak akan dapat sale, tetapi jangan berputus asa. Terus cuba dan pasti you akan pecah telur dan mencapai kejayaan di Etsy.
Kadang-kadang, kejayaan datang selepas beberapa kali percubaan. Yang penting, you jangan berhenti mencuba dan sentiasa belajar dari kesilapan.
Buat duit dari rumah dengan Canva dan buat duit online dengan Etsy dari rumah memang memerlukan usaha dan kesabaran. Tetapi, dengan ketekunan, you pasti boleh berjaya.
Jangan takut untuk minta feedback daripada orang sekeliling you dan perbaiki produk you dari semasa ke semasa.
Dalam video Tiktok ni I kongsikan income I dapat dari Etsy setiap bulan > KLIK SINI UNTUK TENGOK INCOME I BUAT DENGAN JUAL CANVA TEMPLATE
GunaTools Etsy seperti eRank
Untuk berjaya di Etsy, penting untuk guna tools yang boleh bantu you buat keputusan yang lebih baik.
Salah satu tool yang sangat berguna adalah eRank. eRank adalah tool SEO yang boleh bantu you optimize kedai Etsy you dengan lebih baik.
Cara Guna eRank
- Sign Up untuk Akaun eRank: Mula-mula, daftar untuk akaun eRank di eRank. Ada versi free dan berbayar, tapi versi free pun dah cukup bagus untuk mula.
- Hubungkan Kedai Etsy: Hubungkan kedai Etsy you dengan akaun eRank. Ini akan membolehkan eRank akses data kedai you dan bagi recommendation yang lebih tepat.
- Cari Keywords: Guna tool keyword di eRank untuk cari keywords yang popular dan relevan dengan produk you. Tengok volume carian dan persaingan untuk setiap keyword.
- Analisis Persaingan: Guna tool analisis persaingan untuk tengok macam mana kedai lain yang jual produk similar. Tengok apa keywords yang diorang guna, berapa banyak jualan diorang, dan macam mana diorang optimize kedai.
- Optimize Kedai: Guna data dari eRank untuk optimize kedai you. Update keywords dalam tajuk produk, deskripsi, dan tags. Monitor performance produk dan adjust kalau perlu.
Fokus Kualiti Gambar Produk
Gambar produk yang cantik dan menarik sangat-sangat mempengaruhi keputusan pembeli. Bila gambar produk kita cantik, orang rasa macam terpanggil untuk beli.
Tak perlu pun nak level designer, janji kemas dan tak serabut je. Kualiti gambar produk boleh meningkatkan kepercayaan pembeli dan membuatkan produk kita nampak lebih profesional.
Faedah Guna Mockup untuk Etsy Cover Photo
- Penampilan Profesional Mockup membantu produk you nampak lebih profesional. Bila gambar produk nampak profesional, customer akan rasa lebih yakin untuk beli.
- Menonjolkan Produk Mockup boleh bantu menonjolkan kelebihan produk you. Contohnya, kalau you jual Canva template, guna mockup yang tunjuk macam mana template tu akan nampak bila digunakan.
- Meningkatkan Conversion Rate Gambar produk yang menarik boleh meningkatkan conversion rate. Bila customer nampak gambar produk yang cantik, diorang lebih cenderung untuk klik dan beli.
- Menjimatkan Masa Dengan mockup, you tak perlu ambil gambar produk setiap kali ada produk baru. Cuma guna template mockup yang sama dan adjust ikut keperluan.
Langkah demi Langkah Guna Mockup di Canva untuk Gambar Produk
- Pilih Mockup yang Sesuai Cari mockup yang sesuai dengan produk you dalam Canva. Atau banyak website yang offer mockup free atau berbayar, seperti SmartMockup,Placeit, dan Creative Market. I juga ada design lebih 100 Mock Up untuk you guna sebagai Gambar Produk you di Etsy. Klik sini untuk checkout 100 Mock Up tersebut
- Edit Mockup Guna Canva je untuk edit mockup tersebut. Masukkan gamabr design produk you ke dalam mockup dan adjust sampai puas hati.
- Export Gambar: Setelah edit, export gambar dalam format yang sesuai (JPEG atau PNG). Pastikan resolusi gambar cukup tinggi supaya nampak jelas dan sharp.
- Upload ke Etsy: Log masuk ke akaun Etsy you dan upload gambar produk baru. Masukkan gambar mockup dalam listing produk you dan adjust ikut keperluan.
Kesimpulan
Buat duit dari rumah dengan Canva dan buat duit online dengan Etsy dari rumah bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dengan platform seperti Etsy, you boleh jana pendapatan sampingan atau pendapatan penuh tanpa perlu keluar dari rumah.
Kuncinya adalah rajin belajar, buat research, dan terus mencuba.
Jangan takut untuk gagal, sebab setiap kegagalan adalah peluang untuk belajar dan menjadi lebih baik.
Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY