Ramai yang nak tahu cara untuk buat duit online dari rumah jer, dengan Etsy dan Canva, tapi tak pasti nak mula dari mana. Dalam blogpost Panduan Buat Duit dengan Etsy ini, I akan guide you, dari proses research, design produk, hingga komitmen mingguan yang diperlukan.

Dengan teknik dan tips yang I kongsikan, you akan nampak bahawa buat duit online dengan Etsy dari rumah sebenarnya tak rumit. Let’s get started!

Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva

1. Research Produk & SEO ( 30-45 Minit )

Langkah pertama dalam journey buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva adalah dengan buat research.

Tak perlu spend masa yang terlalu lama, cukup 30-45 minit seminggu untuk dapat idea dan tengok apa yang trending di pasaran.

Research produk ni penting supaya kita tahu produk apa yang ada permintaan tinggi dan keyword apa yang sesuai untuk tarik pembeli.

Sangat penting ya steps research ni, JANGAN ABAIKAN.

Untuk research produk dengan lebih efektif, you boleh gunakan beberapa tips ni: 👇🏻

Gunakan Etsy Search Bar Buka laman web Etsy dan taip keyword yang berkaitan dengan produk atau design yang you nak jual dan tengok hasil carian yang muncul.

Tag Bestseller Mesti cari produk yang ada tag seperti “bestseller” atau “people bought in last 24 hours”. Ini petanda yang produk tersebut laris.

Pilih produk yang you boleh hasilkan dan Catat keyword dan title popular Ini akan bantu untuk SEO dan bagi idea dalam mencipta tajuk dan description produk sendiri.

Bila you catat dan simpan keyword yang popular, you akan dapati produk you lebih mudah dicari di Etsy.

Research ni juga bantu you fokus pada produk yang pembeli mahukan, sekaligus tingkatkan peluang buat duit online dengan Etsy dari rumah.

Jom kita proceed ke point kedua Panduan Buat Duit dengan Etsy 👇🏻

2. 1 Jam Design Canva Template (Guna PLR)

Lepas dah buat research, tiba masa untuk design template di Canva.

Jangan risau kalau you tak ada skill design yang tinggi, sebab you boleh mula dengan Canva Template PLR (Private Label Rights) .

PLR ni sebenarnya adalah template yang dah siap, dan you boleh ubah suai ikut citarasa sendiri.

Dengan PLR, masa yang you perlu untuk buat produk pertama jadi lebih singkat.

Bagi beginner yang baru nak mula buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, PLR memang sangat membantu.

Bayangkan dalam masa 1 jam, you dah boleh hasilkan template pertama.

I ada berikan PLR Canva Template dalam Passive Income Templates membership I.

Nanti bila you dah buka shop, dijemput sangat untuk join membership I ni tau, I bukan sahaja bagi 1000+ Canva Template tetapi ongoing support dengan Zoom call 2 kali sebulan. Support sangat penting ya bila you buat bisnes online ni.

💰 Klik sini untuk join Passive Income Templates Membership >>

3 Tips Cipta Canva Template yang menarik:

Buka Canva dan pilih dimensi yang sesuai Contoh, untuk printable gunakan A4.

Import PLR yang dah dibeli ke dalam Canva PLR ni boleh jadi template planner, habit tracker, atau worksheet.

Buka website color palette Website ni akan beri cadangan color palette yang serasi dan trending. Tak perlu susah-susah fikir ye, google je color palette website.

Edit elemen penting seperti warna dan font Template PLR selalunya dah lengkap tapi I suggest untuk you at least tukar font dan warna. Pilih warna yang sesuai dengan template tersebut, contohnya pastel untuk planner atau warna bold untuk motivasi.

Dengan adanya PLR, buat duit online dengan Etsy dari rumah jadi lebih mudah sebab you tak perlu start dari kosong.

Best kan!

Next, Panduan ke tiga Buat Duit dengan Etsy 👇🏻

Dalam video Tiktok ni I kongsikan income I dapat dari Etsy setiap bulan > KLIK SINI UNTUK TENGOK INCOME I BUAT DENGAN JUAL CANVA TEMPLATE

3. Design Cover Photo (Guna Premade Template – 1 Jam )

Setiap produk di Etsy memerlukan cover photo yang menarik. Ini penting sebab cover photo lah yang pertama sekali menarik perhatian pelanggan. Ianya seperti iklan! Tapi you tak perlu tunjuk muka you atau cari orang. Design dalam Canva je..

Tapi you tak perlu mula dari kosong, ada banyak premade template yang tersedia untuk Etsy sellers. Dengan premade template, masa yang you perlu untuk buat cover photo jadi lebih singkat dan hasilnya pun tetap menarik.

Tips untuk cover photo yang menarik:

Pilih premade template yang sesuai dengan niche produk Pastikan font dan warna konsisten dengan template produk.

Masukkan teks pendek yang mudah difahami Letakkan label seperti “Planner” atau “Tracker” untuk pembeli mudah faham.

Masukkan USP produk you. Penat-penat edit template, bagitau la sikit apa kelebihan template you dalam cover photo ni.

Masukkan arrow I selalu ajar student I untuk apply method ‘2 arrow rule’. Arrow sparks curiosity!

Kalau you nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva dengan lebih lancar, cover photo ni jangan SESEKALI diabaikan.

Cover photo yang menarik boleh buat produk nampak lebih profesional dan meningkatkan kebarangkalian pembeli klik pada listing. Ini yang kita MAHU, klik dari customer.

Tapi jangan risau, kalau you rasa susah nak buat cover photo, I ada sediakan premade template untuk Etsy Cover Photo Mock up ni yang boleh diubah suai untuk Etsy sellers, dan you boleh dapatkannya untuk mula dengan mudah.

💰 Klik sini untuk purchase >>

4. Komitmen Seminggu Sekali untuk Produk Baru

Last but not least, untuk berjaya dalam buat duit online dengan Etsy dari rumah, you tak perlu komit masa yang terlalu banyak.

Cuba bayangkan, I kerja sebagai doktor pelatih masa I mula buka shop Etsy. Doktor pelatih kerja 12-16 jam sehari ye.

Lepas tu I jadi MO di salah semua hospital kerajaan, bila oncall 24 jam + ye di hospital.

Sekarang ada anak, mana nak cari masa yang banyak ?

Cukup la sekadar satu produk seminggu.

Dengan buat satu produk setiap minggu, dalam sebulan you dah ada empat produk yang well-researched dan berkualiti tinggi.

Komitmen kecil tapi konsisten ni sangat membantu especially bila you baru mula.

Lepas tiga bulan, dengan konsisten buat satu produk seminggu, you boleh ada antara 12 hingga 20 produk di Etsy shop. Ini cukup untuk tarik pelanggan dan bagi variety dalam shop you.

Proses ni juga akan buat you makin cekap dalam design, dan skill you akan improve dari minggu ke minggu. You akan nampak sendiri hasilnya dan makin faham cara buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva.

p/s I faham jika you beginner , memang akan ambil masa untuk design di Etsy. I get it. It’s okay.. Take things slow, jangan rushing, bisnes Etsy ni bisnes long term.

Just stay focus & consistent je, okay?

Itu sahaja untuk panduan buat duit dengan Etsy. Sekarang you dah ada asas yang kukuh untuk mulakan buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva.

Daripada research produk, design template, hingga komitmen mingguan, semua langkah ni membantu untuk pastikan journey you jadi lebih smooth dan berkesan.

Join Etsy Masterclass I kalau you nak belajar lagi banyak tips dan trik dalam dunia Etsy.

Good luck dan selamat mencipta produk pertama!

Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY