Cara Jual Canva Template di Etsy: Panduan Lengkap untuk Beginner

Menjual template digital di Etsy adalah salah satu cara yang popular untuk buat duit dari rumah pada tahun 2025.

Dalam blogpost Cara Jual Canva Template di Etsy kali ni, I akan kupaskan tentang cara buka shop Etsy, tips untuk design template yang menarik, hingga strategi untuk konsisten tambah produk.

Dengan tips ni, you boleh mulakan journey buat duit online dengan Etsy dari rumah dengan lebih yakin.

Let’s get started!

Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva

1. Buka Kedai Etsy

Untuk mula jual template Canva di Etsy, you perlu buka kedai atau shop di platform ni. Prosesnya mudah dan tak memerlukan masa yang lama.

Panduan buka shop Etsy :

Daftar akaun Etsy Pergi ke laman web Etsy dan klik “Register” untuk buat akaun baru.

Klik ‘Sell on Etsy’ Selepas akaun siap, klik ‘Sell on Etsy’ di menu utama untuk memulakan setup kedai.

Pilih nama kedai Fikirkan nama yang menarik dan mudah diingati, sebab ini adalah first impression pembeli.

Tetapkan mata wang dan lokasi Pilih negara Malaysia, mata wang (MYR) semasa pendaftaran.

Masukkan maklumat pembayaran Etsy perlukan maklumat pembayaran untuk proses jual beli, jadi pastikan semua info yang diisi tepat.

Langkah setup ni tak lama, tapi sangat penting untuk memastikan you boleh mula jual template dengan lancar.

I ingat lagi dulu I stuck proses ni sehingga berbulan-bulan lamanya.

Nak tahu sebab apa?

Sebab I guna kad debit yang tidak di aktifkan transaksi luar negara.

Jadi pastikan you activate dulu oversea transaction sebelum masukkan details kad you.

Selepas kedai siap, let’s move to the next step: research produk!

2. Research Produk & SEO (Hanya 30-45 Minit)

Selepas buka shop Etsy, langkah seterusnya untuk Jual Canva Template di Etsy, adalah research produk.

Research ni bantu you faham apa yang pelanggan cari dan trend yang sedang hangat. Spend 30-45 minit seminggu untuk tengok apa yang laris di pasaran supaya produk you lebih berpotensi untuk dibeli.

Beberapa tips penting untuk buat research produk di Etsy:

Cari keyword di Etsy Search Bar Taip keyword berkaitan dengan produk yang you nak jual untuk tengok hasil carian dan idea produk. You juga boleh gunakan Etsy tools seperti Erank, Etsy Hunt, Marmalead, Alura atau Insight Factory

Lihat tag seperti “bestseller” atau “people bought in last 24 hours” Ingat, ini tanda produk tersebut popular dan ada demand

Catat keyword yang berkesan Keyword ni boleh you guna semasa buat listing untuk SEO dan supaya produk lebih mudah dicari.

Research yang baik buat produk you lebih relevan dengan permintaan pasaran, sekaligus tingkatkan peluang buat duit online dengan Etsy dari rumah.

3. Design Template di Canva Menggunakan PLR (1 Jam Sahaja)

Selepas selesai research, tiba masa untuk design template. Jangan risau kalau tak ada skill design yang tinggi, sebab you boleh guna PLR (Private Label Rights).

PLR ni adalah template yang dah siap dan you boleh edit ikut style sendiri. Dengan PLR, masa untuk siapkan produk jadi lebih singkat, sangat sesuai untuk beginner.

Cara simple untuk design template menggunakan PLR:

Buka Canva dan pilih dimensi design yang sesuai Contoh, untuk planner guna saiz A4.

Import PLR ke Canva Mulakan dengan ubah warna, font, atau layout untuk nampak lebih unik.

Pilih color palette yang trending Gunakan tools seperti Pinterest atau website palette untuk inspirasi warna.

Dengan PLR, buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva jadi lebih mudah sebab you tak perlu design dari kosong.

Kalau you berminar dengan PLR Canva Template, dalam Passive Income Templates Membership I, ada ribuan template Canva yang ready untuk jualan!

💰 Klik sini untuk join Passive Income Templates Membership >>

Dalam video Tiktok ni I kongsikan income I dapat dari Etsy setiap bulan > KLIK SINI UNTUK TENGOK INCOME I BUAT DENGAN JUAL CANVA TEMPLATE

4. Design Cover Photo Menarik untuk Listing Produk (1 Jam)

Di Etsy, cover photo sangat penting sebab ia yang pertama menarik perhatian pelanggan. Tapi tak perlu mula dari kosong – you boleh guna premade template cover photo yang sesuai dengan produk Etsy.

Dengan premade template, masa untuk buat cover photo jadi lebih singkat tapi tetap nampak profesional.

Tips untuk buat cover photo yang menarik:

Pilih template yang sesuai dengan tema produk: Pastikan warna dan font konsisten dengan template.

Letakkan teks yang ringkas dan jelas Supaya sekali pandang je, pembeli sudah faham apa yang you jual. Gambar je tak cukup

Tambahkan USP (Unique Selling Point) produk Nyatakan kelebihan utama dalam cover photo untuk lebih menarik minat pembeli.

Kalau you nak jual template di Etsy, cover photo yang menarik sangat membantu untuk tingkatkan click rate.

I juga ada premade template yang khas untuk cover photo Etsy di Canva, senang untuk edit dan customize!

💰 Klik sini untuk lihat Etsy Cover Photo Mock Up Canva Template >>

5. Komitmen Mingguan: Satu Produk Seminggu

Komitmen kecil tapi konsisten sangat membantu dalam buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva. Untuk hasil yang optimum, I recommend you untuk komit masa sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk tambah produk baru.

Dengan cara ni, shop you akan sentiasa aktif dan semakin banyak pilihan untuk pelanggan.

Kalau you tambahkan satu produk seminggu, dalam masa sebulan you dah ada 4 produk di shop. Lepas tiga bulan, dengan konsisten, you boleh ada antara 12 hingga 20 produk.

Proses ni bukan saja buat shop you nampak lebih lengkap, tapi juga bantu skill design you meningkat dari masa ke masa.

Trust me, pelanggan juga lebih yakin bila lihat shop yang aktif dan ada variety dalam produk yang ditawarkan.

FAQ Mengenai Cara Jual Template di Etsy

1. Apakah Etsy?

Etsy adalah platform e-commerce yang fokus pada produk handmade, vintage, dan digital seperti template. Ia terkenal sebagai tempat membeli barang digital dan barang unik yang sukar dijumpai di kedai biasa.

2. Kenapa Etsy, Bukan Shopee?

Etsy fokus kepada market antarabangsa, manakala Shopee fokus kepada market Malaysia. Dengan Etsy juga, customer boleh download template secara automatik, tak perlu nak mesej customer atau reply apa-apa chat. Mudah kan?

3. Apa Itu Canva Template?

Canva template adalah templet design siap yang dibuat dalam Canva, boleh digunakan untuk planner, poster, social media, dan banyak lagi. Template ini mudah diubah suai mengikut keperluan, jadi sangat sesuai untuk jualan di Etsy.

4. Bagaimana Cara Buat PDF Canva Template?

Buka design di Canva yang anda ingin jadikan PDF

Tekan Share dan Pilih “Download” dan pilih PDF Standard atau PDF Print untuk kualiti terbaik.

Upload ke Etsy sebagai produk digital yang siap dijual.

5. Bagaimana Cara Upload PDF dalam Etsy?

Buka listing di Etsy: Pilih “Add a Listing” di dashboard.

Upload PDF sebagai file digital: Penting untuk pilih “Digital File dulu,” kemudian upload PDF dari Canva. Cara ni yang buat customer boleh automatik download PDF yang kita jual di Etsy.

Isi maklumat produk seperti tajuk, description, dan keyword untuk SEO.

6. Berapa Bayaran untuk Buka Shop Etsy?

Sebelum 2024, Buka kedai di Etsy adalah percuma, tapi sejak March 2024, Etsy telah mengenakan bayaran RM70- RM125 untuk buka shop Etsy.

Setiap listing dikenakan bayaran sekitar RM1 (USD 0.20). Etsy juga mengambil komisen sekitar 10% bagi setiap jualan yang berjaya.

Itu sahaja untuk artikel Cara Jual Canva Template di Etsy kali ini. I harap ia membantu you jadi lebih yakin untuk mulakan shop digital you!

You dah ada roadmap lengkap untuk mula jual template di Etsy, bukan saja memudahkan, tapi juga buat journey buat duit online dengan Etsy dari rumah jadi lebih smooth.

Join Etsy Masterclass I kalau you nak belajar tips I sendiri buat Rm100k di Etsy dan konsisten 4 angka setiap bulan walaun bekerja full time sebagai doktor.

Dengan Etsy Masterclass, you dapat belajar banyak perkara yang you mungkin tidak tahu sebelum ni. Ingat, Etsy Masterclass ini adalah kompilasi pengetahuan dan pengalaman I berjaya buat side income di Etsy bertahun lamanya..

Selamat mencuba dan semoga berjaya dengan shop Etsy pertama you!

Thank you for reading Panduan Lengkap untuk Beginner Cara Jual Canva Template di Etsy

Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY