Pernah terfikir kenapa I pilih untuk buat duit dari rumah dengan Canva dan jual di Etsy, bukannya Shopee atau Lazada? Jom I cerita sikit sebabnya.
Etsy bukan tempat biasa-biasa tau. Ini platform global yang membolehkan you buat duit online dengan Etsy dari rumah dengan lebih efektif.
Bukan setakat Malaysia je, tapi seluruh dunia!
Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
– Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
Kenapa Etsy?
1. Trafik yang Tinggi
Pertama sekali, Etsy mempunyai trafik yang sangat tinggi. Bayangkan berjuta-juta pengguna dari seluruh dunia melawat Etsy setiap hari.
Maknanya, peluang untuk produk you dilihat dan dibeli sangatlah tinggi! Berdasarkan statistik, trafik Etsy semakin meningkat setiap tahun:
- 2020: 81 juta pembeli aktif
- 2021: 90 juta pembeli aktif
- 2022: 96 juta pembeli aktif
- 2023: 101 juta pembeli aktif
- 2024: 107 juta pembeli aktif
Dengan jumlah pengguna yang semakin meningkat ni, Etsy menjadi platform yang sangat berpotensi untuk you buat duit dari rumah dengan Canva.
2. Proses Jual Beli yang Mudah
Kedua, Etsy memudahkan proses jual beli. Segalanya sudah disediakan oleh platform.
Dari set up kedai, penghantaran, bayaran, semua lengkap! You cuma perlu fokus pada produk dan promosi.
3. Produk Digital
Ketiga, Etsy membolehkan I menjual produk digital. I tak perlu risau pasal stok atau penghantaran. Semua transaksi adalah online dan automatik.
Sebab tu time tidur pun boleh dapat sale KAA-CHING! Senang kan? Bila pelanggan beli produk digital, mereka akan dapat download produk secara automatik.
Ini adalah proses bagaimana customer di Etsy download produk secara automatik..
- Pelanggan Beli Produk – Pelanggan buat pembelian produk digital di kedai you sebagai Guest atau dengan akaun Etsy.
- Pembayaran Diproses – Etsy memproses pembayaran dengan selamat.
- Link Download – Pelanggan akan terima PDF yang mempunyai link untuk download produk secara automatik.
- Akses Produk – Pelanggan boleh terus akses dan guna produk digital yang dibeli.
Dengan proses ni, you boleh buat duit online dengan Etsy dari rumah tanpa perlu uruskan penghantaran atau stok.
Kenapa You Perlu Mula Bisnes Digital?
Passive Income
Produk digital, seperti design atau e-book, hanya perlu dibuat sekali je tau dan boleh dijual berulang kali tanpa perlu keluarkan sebarang kos tambahan. Pendapatan pasif ni maksudnya, you buat kerja sekali dan terus dapat hasilnya berkali-kali tanpa perlu usaha yang berterusan.
Bayangkan you create satu template Canva yang menarik dan jual di Etsy. Setiap kali ada orang beli template tu, you akan dapat duit tanpa perlu buat apa-apa lagi. Ini bermakna you boleh buat duit online dengan Etsy dari rumah sambil tidur, bercuti, atau buat apa-apa aktiviti lain.
Dalam video Tiktok ni I kongsikan income I dapat dari Etsy setiap bulan > KLIK SINI UNTUK TENGOK INCOME I BUAT DENGAN JUAL CANVA TEMPLATE
Work from Wherever
Selagi ada sambungan internet, you boleh buat bisnes ni dari mana-mana sahaja di dunia. Dan pada bila masa sahaja. Ini bermakna you tak terikat dengan satu lokasi fizikal atau waktu kerja yang tetap. You boleh buat duit dari rumah dengan Canva dari kafe kegemaran you, atau bahkan dari tepi pantai semasa bercuti.
Fleksibiliti ni membolehkan you menyesuaikan bisnes dengan gaya hidup dan keperluan you. You boleh pilih untuk bekerja pada waktu yang paling produktif untuk you, sama ada pagi, tengah hari, atau malam.
Tiada Stok Fizikal
Berbeza dengan produk fizikal, produk digital tidak perlu simpan stok dan tidak akan ‘habis stok’ juga. Produk digital adalah dalam bentuk fail elektronik yang boleh dihantar secara terus kepada pembeli melalui internet. Ini bermakna you tak perlu risau tentang ruang storan atau kos penyimpanan.
Tiada stok fizikal juga bermakna you tak perlu urus logistik penghantaran. Tak perlu bungkus barang, hantar ke pejabat pos, atau risau tentang barang yang rosak atau hilang semasa penghantaran. Semua proses jual beli boleh dilakukan secara automatik melalui platform seperti Etsy.
Cara Mudah Mula Jual Canva Template di Etsy
Buat duit dari rumah dengan Canva memang mudah bila you tahu caranya. Berikut adalah langkah-langkah untuk mula jual Canva template di Etsy:
- Daftar Akaun di Etsy:
- Pergi ke laman web Etsy dan daftar akaun baru. Isikan maklumat yang diperlukan dan sahkan akaun you.
- Buka Kedai di Etsy:
- Selepas daftar, klik pada ‘Sell on Etsy’ dan ikut arahan untuk membuka kedai. Pilih nama kedai yang unik dan sesuai dengan niche you.
- Cipta Canva Template:
- Gunakan Canva untuk cipta template yang menarik. Pastikan design you unik dan mempunyai nilai tambah. You boleh mula dengan template yang mudah seperti planner, poster, atau social media templates.
- Upload Produk ke Kedai Etsy:
- Klik ‘Add a listing’ dan upload gambar produk, masukkan tajuk, deskripsi, harga, dan kategori. Jangan lupa untuk gunakan keyword buat duit dari rumah dengan Canva dan buat duit online dengan Etsy dari rumah.
- Promosikan Kedai You:
- Guna media sosial, blog, atau email untuk promosikan kedai Etsy you. Lagi banyak trafik yang you dapat, lagi tinggi peluang untuk buat jualan.
- Monitor dan Optimumkan:
- Pantau prestasi kedai you dan buat perubahan yang perlu untuk meningkatkan jualan. You boleh gunakan tools seperti eRank untuk analisis keyword dan trend pasaran.
Kesimpulan
Buat duit dari rumah dengan Canva dan buat duit online dengan Etsy dari rumah bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan platform seperti Etsy, you boleh menjana pendapatan sampingan atau malah pendapatan penuh tanpa perlu keluar dari rumah.
Produk digital menawarkan banyak kelebihan seperti pendapatan pasif, fleksibiliti bekerja dari mana-mana, dan tiada keperluan untuk simpan stok fizikal.
Mulakan hari ini dan lihat bagaimana bisnes produk digital boleh mengubah hidup you.
Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY