Salah satu kesilapan paling biasa bila mula bisnes Etsy adalah kita buat produk yang sama macam orang lain. You tengok bestseller jual student planner, you pun buat benda yang lebih kurang sama. Tapi lepas upload, senyap. Tak ada sale. Crickets.
I pernah lalui benda tu.
Mula-mula memang kita fikir, kalau orang lain boleh jual produk tu dan laku keras, mestilah kita boleh juga. Tapi hakikatnya, bila kita jual benda yang terlalu serupa, buyer tak ada sebab untuk pilih kita.
Kalau you serius nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, you kena mula fikir macam seller yang strategik, bukan sekadar ikut trend.
Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
– Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
– Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
– Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
– 3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva
1. Fahami Kenapa Produk Bestseller Tu Laku
Sebelum buat apa-apa produk digital, I selalu kaji dulu apa yang tengah trending dan apa yang buat sesuatu produk jadi bestseller.
You jangan tengok design je. Tanya soalan ni dulu:
- Produk ni senang guna tak
- Layout dia bersih ke atau serabut
- Buyer nampak ke value dia dalam 3 saat pertama
Contoh kalau planner, kadang-kadang buyer suka sebab ada section goal-setting yang mudah. Atau mungkin sebab cover dia neutral dan sesuai untuk ramai audience.
Dalam proses buat duit online tanpa modal dengan Etsy, pemahaman pasal behaviour buyer ni sangat penting. You bukan sekadar jual produk, you jual penyelesaian kepada masalah mereka.
2. Baca Review Produk Bestseller
Bila I nak buat produk baru, I memang akan baca review dari produk bestseller dalam niche tu.
Sebab customer yang dah beli tu biasanya jujur. Mereka akan cakap benda yang mereka suka, dan juga benda yang mereka rasa kurang.
Contoh:
“Love the layout but wish it had weekly check-ins!”
Dari review ni, I tahu kalau I buat planner, I boleh tambah weekly check-in section dan highlight benda tu sebagai USP.
Ini cara paling cepat nak tahu apa yang buyer nak. You tak perlu teka.
3. Tambah USP (Unique Selling Point)
USP tu adalah sebab kenapa orang patut beli dari you dan bukan orang lain.
Kalau you nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, USP adalah kunci untuk tarik perhatian buyer yang tengah scroll ratusan listing.
Antara USP yang mudah untuk you apply:
- Design aesthetic untuk niche tertentu
- Versi editable Canva
- Ada dua color theme (light dan dark)

4. Bagi Satu Value Tambahan Yang Spesifik
Satu lagi kesilapan, ramai seller bagi terlalu banyak bonus tapi tak ada yang betul-betul relevant.
I selalu pilih satu atau dua bonus yang buyer memang akan guna.
Contoh:
- Kalau jual daily planner, I bagi bonus “weekly reflection sheet”
- Kalau jual flashcard, I bagi bonus video mini lesson atau printable version
Bila buyer rasa macam “eh, kalau tak grab ni rugi”, itu signal value you dah sampai.
5. Gabungkan Dua Fungsi Dalam Satu Produk
Ni antara trik paling power yang I guna dalam bisnes Etsy.
Buyer sekarang nak semua benda cepat dan mudah. So bila you gabungkan dua benda dalam satu produk, mereka akan rasa berbaloi sangat.
Contoh:
- Planner dan habit tracker
- Budget tracker dan meal planner
- Gratitude journal dan daily reflection
Macam beli satu, dapat dua. You boleh guna ni sebagai headline dalam gambar mockup seperti “2-in-1 Planner Bundle” atau “Track and Plan in One Place”
6. Guna Design dan Warna Yang Sesuai Dengan Niche
Design bukan pasal cantik semata tapi pasal siapa produk tu untuk
Kalau you buat produk untuk:
- Ibu bekerja, guna soft tone dan layout clean
- Student, guna warna bold dan icon yang fun
- Coach atau business owner, design minimal dan struktur fokus
Kalau you nak buat duit online tanpa modal dengan Etsy, design yang niche-specific akan bantu produk you lebih standout.
7. Bonus Kecil Tapi Praktikal
Kadang-kadang buyer tak beli sebab produk utama tapi sebab bonus yang bijak.
Contoh:
- Sticker digital yang boleh drag dan drop
- To-do list mingguan yang boleh print atau guna digital
- “How to use” page yang bantu buyer faham guna produk tu dengan mudah
Lagi mudah bonus tu digunakan, lagi besar impaknya dalam keputusan beli.
8. Tulis Description Yang Jelas Tentang Nilai Tambahan
You jangan letak semua kelebihan produk tu dalam kepala je. Buyer tak tahu kalau you tak tulis.
Dekat bahagian description produk di Etsy, I akan highlight betul-betul:
- Comes with free weekly check-in sheet
- Editable Canva version included
- Includes bonus stickers worth $5 – free
Jangan takut ulang perkataan bonus, extra, value. Ini keyword yang subconsciously bantu buyer rasa lebih berbaloi.

9. Tunjukkan USP Dalam Gambar Mockup
Kalau boleh, jangan simpan kelebihan produk tu dalam tulisan je. Tunjuk terus dalam gambar.
Contoh:
- Tambah tag “Free Bonus Included” dalam gambar mockup
- Letak arrow tunjuk “Editable in Canva”
- Paparkan dua versi dalam satu slide (Light dan Dark mode)
Gambar adalah first impression. Make it count.
10. Letak Harga Yang Padan Dengan Value
Bila produk you ada USP, design lawa, bonus mantap dan niche-specific, tak salah untuk you letak harga sedikit tinggi dari pesaing.
Ramai beginner takut nak naikkan harga sebab fikir nanti orang tak beli.
Tapi sebenarnya, buyer yang serius akan bayar lebih untuk produk yang mereka nampak effort dan value. Asalkan:
- Gambar profesional
- Description jelas
- Value melebihi harga
Planner biasa dijual $3. Tapi kalau you bagi editable version, bonus sticker dan extra insert, you boleh jual $5–$7 dengan yakin.
Kesimpulan
Dalam dunia Etsy yang penuh persaingan ni, produk digital biasa-biasa susah nak laku.
Tapi bila you tambah nilai, letakkan USP yang jelas dan buat sedikit effort untuk faham audience, you akan nampak beza dalam hasil jualan.
Tak perlu buat 50 listing sekaligus.
Start dengan satu produk yang betul-betul kuat. Jadikan produk tu benchmark untuk yang lain. Bila you nampak orang repeat beli, save kedai atau recommend dekat orang lain, itulah hasil dari usaha branding dan positioning yang betul.
You boleh mula buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva tanpa perlu pening buat dari kosong. You cuma perlu bijak susun strategi.
Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY
Soalan Lazim (Q&A)
1. Perlu buat produk original dari kosong ke kalau nak jual kat Etsy
Tak semestinya. Tapi kalau you guna PLR atau template, pastikan you rebrand dan tambah USP supaya nampak unik.
2. Macam mana nak tahu USP I cukup kuat ke tak
Try tanya diri. Kalau you sendiri tengok produk ni, apa yang buat you klik dan beli. Kalau tak ada jawapan jelas, maksudnya USP tu belum cukup kuat.
3. Kalau orang lain jual produk yang sama, boleh ke I jual juga
Boleh, tapi pastikan produk you ada kelainan. Sama ada dari segi bonus, fungsi tambahan atau cara you present produk tu.
4. Berapa harga yang sesuai untuk planner digital
Bergantung pada value. Planner simple boleh $2–$3. Planner dengan bonus, editable link dan design khas boleh cecah $7–$10.
5. Ada tips untuk beginner yang baru mula bisnes Etsy
Start kecil, fokus niche, guna mockup yang kemas dan pastikan setiap listing ada value. Jangan kejar quantity dulu. Kejar kualiti dan feedback.