3 Bulan Takde Sale, Ini Rahsia I Baiki Etsy Shop I.
You pernah tak rasa down bila dah buka kedai Etsy, tapi langsung tak ada sale untuk 3 bulan pertama?
Kalau pernah… I nak you tahu satu benda penting:
You tak sorang.
I pun pernah lalui benda yang sama. Tiga bulan pertama, kedai Etsy I sunyi sepi. Tak ada notification “cha-ching”, tak ada customer masuk, dan I mula fikir… “Ni salah ke apa aku buat ni?”
Tapi sekarang I tahu, itu memang normal. Especially kalau you baru start dan buat semua benda sorang-sorang.
Ramai yang nak mula buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, tapi mereka tak tahu langkah sebenar nak pecah telur. Benda ni bukan magic, tapi bila tahu caranya… inshaAllah jalan tu jadi lebih mudah.
Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
– Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
– Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
– Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
– 3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva
Support System & Ilmu Buat Bezanya
Dulu I buat semua sendiri. Google sana sini. Tapi lepas I join community dan mula belajar dari seller yang dah berjaya, mindset I terus berubah.
Bila you ada ilmu dan support system, you tak akan rasa lost. You akan tahu apa nak buat step by step untuk mulakan bisnes Etsy.
Inilah yang akan bantu you buat duit online tanpa modal dengan Etsy – bukan sekadar jual produk, tapi tahu apa yang buyer cari dan macam mana nak tarik mereka beli.
Langkah Pertama: Cari Produk Yang Ada Demand
Salah satu sebab kenapa kedai Etsy tak dapat sale awal-awal ialah kita jual produk yang kurang permintaan.
I dulu pun sama. I jual ikut suka hati, ikut minat. Tapi bila I buat research, baru I faham…
Nak jual di Etsy, kena:
- Tahu apa yang tengah trending
- Guna Etsy search untuk lihat keyword popular
- Perhati produk yang dapat banyak reviews dan favorites
Contohnya, planner untuk pelajar, habit tracker, self-care journal – semua ni ada demand tinggi.
Kalau betul-betul nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, research ni memang tak boleh skip.
Fahami Apa Yang Market Perlukan
Mindset penting dalam bisnes Etsy ialah: jangan jual apa kita suka saja.
Instead, jual apa yang market perlukan. Tanya diri:
- Siapa target audience you?
- Masalah apa yang mereka hadapi?
- Macam mana produk you boleh bantu mereka?
Bila you faham ni, baru you boleh create produk yang “solve problem” dan senang jual.
Bisnes Etsy bukan sekadar cantik – tapi berfungsi.

Kuasa Etsy SEO & Keyword Yang Betul
Ni part yang ramai orang skip, tapi sebenarnya inilah kunci utama untuk buat duit online tanpa modal dengan Etsy.
Kalau listing you tak muncul dalam carian Etsy, macam mana orang nak beli?
Apa yang I buat:
- Guna keyword research tool (contoh: eRank, Everbee)
- Tulis tajuk yang padat dengan keyword
- Letak tags yang berkaitan dengan niche
- Tulis deskripsi dengan ayat mesra buyer
Dan yang paling penting: guna gambar yang menarik dan profesional.
Visual = First Impression
Di Etsy, gambar adalah segalanya.
Orang tak boleh “pegang” produk digital. So mereka hanya bergantung pada gambar untuk buat keputusan beli.
Sebab tu I guna mockup yang cantik, kemas, dan sesuai dengan vibe produk.
Beberapa tips:
- Guna warna neutral supaya teks mudah dibaca
- Tunjuk preview isi kandungan planner
- Tambah icon atau highlight kelebihan produk
Mockup yang cantik boleh naikkan trust buyer dan bantu you pecah telur lebih cepat.
Guna Etsy Ads + Social Media
I tahu, ramai takut nak keluar modal untuk ads.
Tapi bagi I, Etsy ads sangat membantu especially masa baru mula dan nak boost visibility.
Tapi kalau tak nak guna ads pun tak apa. You boleh guna:
- Pinterest (power untuk planner dan design aesthetic)
- Instagram (share behind the scenes, tips, demo produk)
Yang penting, kena aktif promosikan. Bisnes Etsy bukan set-and-forget.

Etsy = Tempat Eksperimen
Jujur I cakap, Etsy ni macam lab experiment.
Kadang-kadang kita buat satu produk, tak jalan. Try produk lain, BOOM! Terus dapat sale.
So jangan takut untuk:
- Cuba design baru
- Test niche berbeza
- Tukar tajuk dan gambar produk
Yang penting, you belajar dari setiap percubaan.
Sabar & Konsisten
Ramai orang give up awal sebab tak nampak hasil cepat.
Tapi percayalah, kalau you terus buat… hari tu akan datang juga.
Setiap hari you upload, optimize, belajar – itu semua langkah ke arah income stabil.
Dan inilah beza orang yang berjaya dalam bisnes Etsy – mereka sabar, mereka konsisten.
Kalau you nak serius buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, mindset ni kena kuat.
Jangan Jalan Sorang-Sorang
Sebab tu I buat VIP Membership – untuk bantu you yang nak mula bisnes Etsy tapi perlukan guidance dan motivasi.
Dalam membership, you akan dapat:
- Kelas bulanan tentang Canva & Etsy
- Template PLR yang boleh terus guna & jual
- Komuniti support untuk tanya soalan
- Live coaching dua minggu sekali
Kita belajar sama-sama. Dan tak perlu rasa malu kalau baru mula.
Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY
Q&A: Soalan Lazim Tentang Buat Duit Di Etsy
1. Berapa lama nak dapat sale pertama? Ada yang seminggu, ada yang ambil masa 2-3 bulan. Bergantung pada usaha dan strategi yang digunakan.
2. Perlu modal besar ke? Tak. Kalau guna Canva free dan upload produk sendiri, memang hampir zero modal. Guna PLR pun biasanya bawah RM100 dah cukup.
3. Boleh ke guna Canva untuk produk komersial? Ya, asalkan guna elemen percuma atau ada lesen yang betul. Canva Pro pun lagi banyak pilihan.
4. Nak jual apa paling senang untuk mula? Planner digital, printable wall art, journal inserts – semua ni simple untuk mula dan ada demand.
5. Perlu daftar SSM? Untuk mula, tak perlu. Tapi bila income dah stabil, bagus daftar untuk urus cukai dengan betul.