Ramai orang teragak-agak bila dengar Etsy kenakan caj lebih kurang RM70 untuk mula.

Tapi bila you faham betul-betul macam mana bisnes Etsy ni berfungsi, honestly, modal tu memang kecil sangat berbanding apa yang you boleh dapat.

Kalau you tengah cari cara buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, artikel ni untuk you. I akan explain kenapa RM70 ni sebenarnya pelaburan paling bijak untuk beginner.

Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva

1. Semua Bisnes Perlukan Modal

Mana ada bisnes yang tak keluar modal langsung.

Bezanya cuma modal besar atau kecil. Untuk buat duit online tanpa modal dengan Etsy (almost no modal lah kan sebab Canva pun free), RM70 tu dah boleh kickstart kedai sendiri. Tanpa perlu sewa kedai fizikal, tanpa perlu hire staff.

2. Caj Etsy Adalah One Time, Bukan Bayar Bulanan

Bestnya Etsy, listing fee dia sangat rendah ($0.20 USD untuk satu produk) dan kedai setup pun bukan bayar setiap bulan. Jadi you boleh buka shop, upload produk, dan running kedai sambil maintain kos yang super minimal.

Tak macam subscription lain yang setiap bulan kena tolak duit bank.

3. Bandingkan Dengan Kos Buka Kedai Fizikal

Kalau you nak buka kedai biasa:

  • Sewa = RM800 minimum
  • Deposit = 2+1 bulan
  • Renovate kedai = Lagi beribu

Bandingkan dengan modal RM70 untuk Etsy, tak payah fikir panjang dah. Buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva jauh lagi berbaloi.

4. Modal Cepat Balik Kalau Jual Produk Digital

Harga jualan produk digital biasanya dalam RM15-RM30.

Kalau you jual:

  • 3 produk = dah balik modal
  • 10 produk = dah untung besar

Produk digital ni scalable. Sekali buat, jual banyak kali.

5. One Time Investment, Tapi Income Berterusan

Modal RM70 tu ibarat tiket masuk dunia Etsy.

Sekali bayar, you boleh terus jual bertahun-tahun. Bila kedai aktif, produk digital you boleh generate passive income walaupun you tak tambah produk baru setiap hari.

6. Boleh Buat Part Time Ikut Masa Free

Tak perlu quit kerja nak run bisnes Etsy.

You boleh:

  • Design produk lepas kerja
  • Upload listing masa weekend
  • Urus customer service bila ada masa lapang

Bisnes Etsy memang fleksibel, sesuai dengan semua orang.

7. Kos Produk Sangat Rendah

Produk digital ni beza dengan produk fizikal.

  • Tak perlu beli stok
  • Tak perlu pos barang
  • Tak perlu bungkus

Modal you hanyalah masa dan idea. Canva pun free untuk mula.

8. Market Global, Bukan Setakat Malaysia

Produk you kat Etsy boleh dilihat dan dibeli oleh customer dari:

  • USA
  • UK
  • Australia
  • Singapore
  • Germany

Lagi luas market, lagi banyak peluang jualan.

Buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva memang untung sebab reach global.

9. Canva Mudahkan Kerja

Tak tahu nak design dari kosong? Takpe.

Canva ada:

  • Template sedia ada
  • Mockup free
  • Element design ready pakai

Dengan Canva, you boleh hasilkan produk digital yang cantik walaupun tak ada background design.

10. Modal Kecil, Potential Income Besar

Bayangkan dengan RM70 je, you boleh:

  • Build kedai
  • Jual produk digital
  • Jana RM1k-RM5k sebulan

Semua bermula dengan langkah pertama. Kalau serious dan konsisten, bisnes Etsy boleh jadi salah satu new income stream paling stabil untuk you.


Soalan Lazim (Q&A)

1. Betul ke Etsy kenakan caj RM70 untuk mula? Ya, lebih kurang. Caj ni melibatkan buka kedai dan listing produk. Tapi sangat rendah banding modal bisnes lain.

2. Kalau tak ada pengalaman design, boleh mula ke? Boleh! Canva sangat beginner-friendly. Banyak template free yang boleh edit.

3. Berapa cepat boleh balik modal? Kalau produk laku, dalam 3-5 jualan pertama dah cover modal. Lepas tu semua untung.

4. Modal RM70 tu sekali bayar je ke? Ya, untuk listing. Bila produk laku atau listing tamat tempoh, baru renew listing ($0.20 USD setiap produk).

5. Produk apa paling sesuai untuk mula? Planner digital, wall art printable, resume templates adalah produk hot untuk beginner Etsy seller.


Kalau you dah ready nak mula buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, jangan tunggu lagi.

Komen “Etsy” sekarang untuk dapatkan 100 Idea Produk Digital dan kickstart kedai you sendiri! 🚀