Beberapa tahun lepas, I sampai satu tahap penat yang tak boleh nak cerita. I kerja siang malam, kejar dateline, urus team, jaga anak, dan dalam masa yang sama cuba jadi isteri dan ibu yang ada masa untuk semua orang.
Tapi realitinya, I burnout.
Masa dengan keluarga makin kurang. I mula rasa macam hidup ni sekadar kerja dan tidur. Masa tu I tahu, I tak boleh terus hidup macam ni. I perlu ubah cara I bekerja. I perlukan satu cara untuk buat duit dari rumah, tapi tanpa perlu korbankan segalanya.
Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
– Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
– Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
– Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
– 3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva
I Tak Nak Lagi Kerja Sampai Lupa Diri
I tahu ramai yang sanggup kerja kuat demi bantu keluarga, demi bayar komitmen, demi survival. Tapi bila kerja kuat tu buat kita hilang masa dengan anak-anak, hilang kesihatan, hilang jiwa… itu bukan kemenangan.
I mula tanya diri sendiri, ada tak cara buat duit online tanpa modal besar, yang boleh bantu I capai ketenangan, bukan tekanan.
Dari Canva ke Etsy – Titik Permulaan I
I memang dah biasa guna Canva dari dulu. Dari zaman buat design untuk kelas sampai ke presentasi kerja. Tapi I tak tahu pun Canva boleh jadi sumber income.
Sampailah I mula explore Etsy. Dekat situ I nampak satu peluang besar. Bayangkan:
- I design satu template planner, checklist atau eBook
- Upload dekat Etsy
- Dan setiap kali orang beli, sistem akan terus hantar produk tu secara automatik
Tak perlu pegang stok. Tak perlu pos. Tak perlu layan WhatsApp siang malam.
Inilah pertama kali I rasa, oh rupanya memang ada jalan untuk buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva tanpa penat macam dulu.
Guna Apa Yang You Dah Ada
Mula-mula I fikir, kena ada modal ribu-ribu baru boleh mula bisnes online. Rupanya tak. I cuma guna:
- Laptop yang I dah ada
- Akaun Canva (yang free pun dah cukup untuk mula)
- Ilmu design basic
- Sedikit masa dan kesungguhan
You pun sama. Kalau you ada phone, Canva, dan idea… you dah boleh mula.
Kenapa I Suka Model Bisnes Macam Ni
Dalam banyak-banyak model bisnes yang I pernah cuba, jual produk digital di Etsy paling tenang. Sebab:
- Buat sekali, jual berkali-kali
- Tak perlu jawab customer 24 jam
- Tak ada urusan dengan pos laju atau lost parcel
- Boleh kerja 1–2 jam sehari je
Dan yang paling penting, income tu scalable. Maksudnya, kalau you tambah produk dan jaga kualiti, pendapatan boleh grow sendiri setiap bulan.

Jadual Kerja I: 4 Hari Seminggu, Selebihnya Untuk Keluarga dan Diri I
Sekarang, I hanya fokus kerja 4 hari seminggu. Setiap hari 1–2 jam sahaja. Itu pun biasanya untuk research idea baru, improve listing, dan update content.
Selebihnya, I luangkan masa untuk:
- Main dengan anak
- Masak sendiri untuk keluarga
- Rehat, baca buku, dan jaga emosi
- Kembangkan ilmu dan bantu lebih ramai wanita yang nak mula bisnes online dari rumah
I Tak Nak Jadi Sibuk Sampai Terlupa Nikmat Hidup
Kita selalu fikir kena sibuk baru boleh berjaya. Tapi sebenarnya, bila kita bijak susun kerja dan pilih model bisnes yang betul, kita boleh bina pendapatan dengan lebih tenang.
I tak cakap Etsy ni jalan mudah. Tapi dia jalan yang tak memenatkan. Jalan yang sesuai untuk you yang nak masa, fleksibiliti, dan tak nak tinggalkan anak demi kejar duit.
You Pun Boleh Mula Hari Ni
Kalau you ada:
- Phone atau laptop
- Sedikit masa 30 minit sehari
- Rasa nak keluar dari tekanan kerja sekarang
- Semangat nak belajar benda baru
You boleh mula dengan Canva. You boleh pilih satu niche, satu idea, dan cuba hasilkan satu produk digital. Upload dekat Etsy, dan tengok apa yang jadi.
I tahu ramai rasa ragu-ragu.
Tapi kalau I yang mula dari zero boleh buat, I percaya you pun boleh.
Nak Mula, Tapi Tak Tahu Macam Mana?
I faham, bukan semua orang ada masa nak Google semua benda. Sebab tu I sediakan Canva template dan panduan step-by-step yang boleh bantu you mula dengan cepat tanpa pening kepala.
Kalau you nak shortcut untuk setup kedai Etsy dan mula jual produk digital, you boleh komen VIPP dan I akan bagi you akses ke 1000+ Canva Templates yang siap sedia untuk dijual.

Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa modal nak mula jual di Etsy?
You boleh mula dengan RM0–RM50 sahaja. Guna Canva free, buka Etsy shop, dan mula buat produk digital. Modal rendah, risiko rendah.
2. Kena pandai design ke?
Tak perlu pun. Canva ada banyak template dan drag-and-drop tools. Dan you boleh guna template yang I dah sediakan juga.
3. Berapa lama nak dapat hasil?
Ada orang 2 minggu dah dapat sale, ada yang ambil masa sebulan. Yang penting, konsisten dan tahu apa nak improve.
4. Perlu tunjuk muka ke?
Tak perlu langsung. Semua kerja boleh buat belakang tabir. Sesuai sangat untuk introvert.
5. Kalau tak reti tulis English?
Tak ada masalah. Banyak buyer di Etsy dari negara yang faham English basic. I pun ajar cara tulis description yang ringkas tapi convert.