Kalau you tengah fikir kenapa Etsy shop tak ada views, jangan risau. Semua orang yang baru mula bisnes Etsy pernah lalui benda yang sama. Masa I mula dulu, views kedai pun boleh kira dengan jari. Tapi bila I belajar guna Etsy Ads dengan cara yang betul, hasilnya terus berubah.

Ramai fikir nak buat iklan mesti kena ada bajet besar. Tapi masa I mula, I cuma spend $2 sehari saja untuk run ads dan hasilnya I dapat 200 ke 300 views sehari.

Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva


Mula Dengan Bajet Kecil Pun Dah Cukup

Kalau you baru nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, tak perlu tunggu bajet besar pun. You boleh mula dengan bajet kecil asalkan strategi betul. Masa I run ads $2 sehari, I pilih produk yang paling ramai orang cari macam planner digital, social media template dan business tracker. Lepas seminggu, I nampak hasilnya. Produk yang I promote memang dapat lebih banyak klik dan view.

Daripada situ I sedar satu perkara penting. Bukan bajet besar yang tentukan kejayaan, tapi strategi dan konsistensi.


Bila Dah Nampak Hasil, Baru Naikkan Bajet

Lepas sebulan, I naikkan bajet ke $5 sehari. Perubahan dia ketara. Views terus naik ke 500 hingga 800 sehari. Memang ada hari yang rendah, tapi secara keseluruhan trafik meningkat dengan banyak. Bila Etsy nampak kedai you aktif, sistem Etsy pun mula tolong tolak produk you ke hadapan. Dari situ jualan pun makin kerap masuk.

Jadi kalau you tengah fikir nak mula run ads, mulakan kecil dulu. Tengok result dulu, baru perlahan-lahan naikkan bajet bila nampak kesan positif.


Tips Run Etsy Ads Untuk Dapatkan Trafik Lebih Banyak

Dalam dunia bisnes Etsy, persaingan memang tinggi. Tapi kalau you guna strategi betul, bajet kecil pun boleh bagi impak besar. Ini antara tips yang I sendiri guna:

  • Pilih produk paling laku dan relevan dengan keyword trending.
  • Pastikan gambar mockup menarik supaya pelanggan tertarik nak klik.
  • Gunakan keyword yang betul dalam tajuk dan description.
  • Pantau result ads setiap hari supaya bajet tak terbazir.
  • Tambah produk baru secara konsisten.

Bila semua ni dibuat secara konsisten, Etsy akan nampak kedai you aktif dan bagi lebih banyak exposure.


Gunakan Canva Untuk Buat Produk Yang Menjual

Kalau you nak buat duit online tanpa modal dengan Etsy, Canva memang pilihan terbaik. Tak perlu software mahal pun sebab Canva dah cukup lengkap. You boleh hasilkan planner digital, template perniagaan, atau journal cantik dalam masa yang singkat.

Bayangkan you jual satu template RM30 dan produk tu laku 50 kali sebulan. Itu dah RM1,500 sebulan untuk satu produk saja. Dan semua ni boleh jadi lebih laju bila digabung dengan Etsy Ads.

Gunakan PLR Canva Template untuk jimat masa. Edit sikit supaya nampak unik dan terus upload ke Etsy. Ini cara paling cepat nak hasilkan pendapatan pasif tanpa pening kepala.


Ramai Takut Nak Run Ads Sebab Fikir Rugi

Ramai orang takut nak run ads sebab fikir akan rugi. Tapi bila I mula faham cara kerja ads, baru I sedar ia bukan rugi tapi pelaburan. Bila I run ads $2 sehari, I dapat 200 ke 300 views dan dari situ datang jualan yang cover balik kos iklan. Bila naikkan bajet ke $5, hasil pun bertambah.

Sebenarnya ads ni bantu you beli data. You akan tahu produk mana yang paling orang suka dan mana yang tak. Jadi lepas tu you boleh fokus pada produk yang betul-betul mendatangkan hasil.


Strategi Tambah Views Secara Percuma

Kalau bajet masih terhad, ada beberapa cara organik untuk naikkan views tanpa iklan:

  • Guna Pinterest untuk kongsi design template you.
  • Buat video pendek tunjuk cara guna produk di TikTok.
  • Update tajuk dan description setiap dua minggu.
  • Balas mesej pelanggan dengan cepat supaya Etsy anggap kedai you aktif.

Gabungkan strategi organik ni dengan Etsy Ads dan you akan nampak peningkatan trafik yang ketara.


Dari RM0 Ke Pendapatan Konsisten Setiap Bulan

Ramai tak tahu yang dengan strategi betul, buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva boleh jadi sumber pendapatan tetap. Mula kecil dulu dan tambah bajet bila nampak hasil. Even dengan bajet kecil, you boleh bina aliran pendapatan pasif dari rumah.

Etsy ni boleh jadi sumber side income yang lama-lama akan berkembang jadi pendapatan utama bila you konsisten.

Tengok video Tiktok ni dimana I ceritakan step by step cara sign up shop Etsy > KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA SIGN UP SHOP ETSY


Nak Lagi Senang Mula? Join Template Membership I

Kalau you nak terus mula tanpa pening kepala, join je Passive Income Template Membership I. Dalam membership ni, I sediakan lebih 200 PLR Canva Template yang boleh you guna terus untuk jual di Etsy.

You akan dapat:

  • Template Canva boleh edit dan jual semula.
  • Panduan lengkap cara upload dan optimize listing.
  • Masterclass setiap bulan
  • Template baru setiap bulan.
  • Komuniti untuk support dan idea baru.

Bila you dah ada produk siap, ads yang you run akan jadi lebih berkesan sebab produk you dah nampak profesional.


Soalan Lazim (Q&A)

1. Boleh ke mula dengan bajet bawah RM10 sehari?
Boleh sangat. I sendiri mula dengan $2 sehari dan nampak hasil lepas seminggu.

2. Kalau tak ada bajet langsung, boleh naikkan views ke?
Boleh guna cara organik seperti Pinterest dan TikTok. Tapi ads boleh percepatkan hasil.

3. Bila masa sesuai nak naikkan bajet ads?
Bila you dah nampak produk dapat klik dan views stabil setiap hari.

4. Sesuai ke ads untuk semua jenis produk Etsy?
Ya, tapi paling efektif untuk produk digital seperti Canva Template, planner dan printable.

5. Kesilapan biasa bila run ads?
Ramai tak pantau result. Jangan biar ads jalan tanpa tengok data sebab nanti bajet terbuang.