Kalau you tengah cari idea nak buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva, jual ebook digital ni antara cara paling mudah dan cepat. I tahu ramai rasa macam susah nak mula sebab tak tahu nak tulis apa atau tak pandai design. Tapi sebenarnya, kalau you guna tools yang betul macam Canva dan ChatGPT, prosesnya jadi senang gila.
Ebook digital ni antara produk paling laku di Etsy sebab orang suka beli sesuatu yang boleh bagi ilmu atau panduan. Tambah pula kalau ebook tu nampak cantik dan profesional, peluang nak dapat jualan 5 kali sehari tu memang tinggi.
Sebelum I teruskan, ini adalah beberapa artikel yang berkaitan dengan buat duit dengan Canva yang you mungkin berminat untuk baca
– Cara Buat Duit dengan Canva Tahun 2024
– Buat Duit dari Rumah dengan Jual Sticker guna Canva
– Idea Buat Duit Dari Rumah – Jual Spreadsheet di Etsy!
– 3 Punca Tak Berjaya Buat Duit dengan Canva
Langkah 1: Pilih Niche Yang Betul
Langkah pertama nak mula bisnes Etsy dengan ebook ni ialah pilih niche. Niche ni maksudnya topik utama ebook you. Jangan risau, tak perlu cari idea pelik pun. Pilih je topik yang orang selalu cari seperti:
- Kesihatan dan gaya hidup
- Keluarga dan parenting
- Pendidikan dan pelajar
- Travel dan percutian
Contohnya, kalau you minat kesihatan, buat ebook tentang meal plan sihat atau tips jaga tenaga harian. Kalau minat travel pula, buat ebook panduan bajet melancong ke luar negara. Bila niche tu dekat dengan minat you, lebih senang nak hasilkan isi dan design ebook tu.
Langkah 2: Buat Ebook Dalam Canva
Lepas dah pilih niche, buka Canva. Canva ni tool paling senang untuk hasilkan design menarik tanpa perlu kemahiran teknikal pun. You boleh pilih template ebook sedia ada, tukar warna, font dan isi dengan teks sendiri.
Kalau you nak hasilkan ebook cepat, gunakan template sedia ada dan ubah ikut citarasa you. Canva juga ada banyak elemen grafik percuma yang boleh buat ebook you nampak lebih hidup. Ini salah satu cara paling jimat masa kalau nak buat duit online tanpa modal dengan Etsy.

Langkah 3: Guna ChatGPT Untuk Bantu Tulis Isi Ebook
Kalau you dah pilih niche tapi blur nak tulis content, guna ChatGPT saja. You boleh minta ChatGPT hasilkan bab demi bab. Contohnya, tulis:
“Tolong tulis 5 chapter ebook bertajuk Tips Jaga Kesihatan Harian.”
Lepas tu, ChatGPT akan bagi draft lengkap. You cuma perlu edit sikit supaya sesuai dengan gaya penulisan you. Dengan cara ni, you jimat masa dan boleh hasilkan ebook berkualiti dalam masa sehari saja.
Selain tu, ChatGPT juga boleh bantu tulis tajuk ebook, intro dan isi kandungan supaya ebook nampak profesional dan tersusun.
Langkah 4: Save Ebook Sebagai PDF
Bila ebook dah siap, tekan Download > PDF Standard atau Print. Format PDF ni paling sesuai sebab mudah dibaca dan boleh terus dijual sebagai produk digital di Etsy.
Kalau you nak nampak lebih menarik, boleh buat dua versi:
- Versi biasa untuk baca
- Versi editable untuk pengguna yang nak tulis nota sendiri dalam ebook
Benda ni boleh jadi nilai tambah untuk produk you dan buatkan harga RM49 tu nampak lebih berbaloi.
Langkah 5: Upload Ebook Ke Etsy
Sekarang masa untuk jual ebook you di Etsy. Pergi ke Etsy.com, daftar akaun, dan klik Add Listing. Masukkan tajuk yang mengandungi keyword supaya senang orang jumpa ebook you. Contohnya:
“Self Care Planner Ebook – Editable Canva Template for Women”
Masukkan juga description yang jelas tentang apa yang pembeli akan dapat, dan jangan lupa harga jualan. Kalau ikut pengalaman I, harga RM49 (lebih kurang $10) dah cukup baik untuk permulaan.

Pentingnya Guna Mockup Cantik
Dalam dunia bisnes Etsy, pembeli beli dengan mata dulu. Kalau gambar produk you tak menarik, walau ebook tu bagus macam mana pun, orang susah nak klik. Sebab tu penting untuk guna mockup yang cantik dan realistik.
You boleh masukkan gambar ebook tu dalam mockup laptop, iPad, atau meja kerja supaya nampak lebih profesional. Ini bukan saja bantu tarik perhatian, tapi juga buat kedai you nampak lebih trusted.
Kalau you nak senang, I dah sediakan 100 mockup siap guna yang you boleh pakai terus. Boleh guna sendiri atau jual semula untuk tambah pendapatan.
Kelebihan Jual Ebook Di Etsy
Jual ebook di Etsy ni antara cara paling senang nak bina pendapatan pasif sebab ebook ni produk digital. Maksudnya, you buat sekali, boleh jual berkali-kali tanpa had. Tak perlu pos barang, tak perlu simpan stok, dan tak perlu risau tentang penghantaran.
Beberapa kelebihan lain yang I suka:
- Tak perlu modal besar untuk mula.
- Boleh jual kepada pelanggan global.
- Boleh hasilkan banyak topik ebook untuk pelbagai niche.
- Semua kerja boleh buat dari rumah.
Dengan strategi betul, you boleh hasilkan jualan konsisten setiap bulan hanya dari ebook Canva.
Strategi Naikkan Jualan Ebook
Kalau nak lebih ramai orang beli ebook you, jangan bergantung pada Etsy sahaja. You boleh guna media sosial untuk tarik trafik. Contohnya:
- Share preview ebook di Pinterest atau Instagram.
- Buat video pendek tunjuk isi ebook di TikTok.
- Kumpul email pelanggan supaya senang promote ebook baru.
Setiap kali you upload produk baru, buat sedikit promosi supaya kedai you kekal aktif. Bila Etsy nampak aktiviti kedai you meningkat, kedai akan lebih mudah muncul di carian.
Dalam video Tiktok ni I kongsikan income I dapat dari Etsy setiap bulan > KLIK SINI UNTUK TENGOK INCOME I BUAT DENGAN JUAL CANVA TEMPLATE
Guna PLR Ebook Untuk Jimat Masa
Kalau you sibuk dan tak sempat nak hasilkan ebook dari kosong, you boleh guna PLR Ebook Template. PLR bermaksud Private Label Rights. You boleh beli, edit dan jual semula ebook tu dengan nama sendiri.
Dengan cara ni, you boleh hasilkan lebih banyak produk dalam masa yang singkat dan tambah pilihan dalam kedai Etsy you. Lagi banyak pilihan = lagi tinggi peluang jualan.
Passive Income Dengan Ebook
Kalau you rajin hasilkan beberapa ebook sekaligus, you boleh bina sistem pendapatan pasif yang berterusan. Bayangkan setiap ebook terjual 3 kali sehari pada harga RM49. Kalau ada 10 ebook, itu dah RM1,470 sehari. Walaupun mungkin bukan setiap hari konsisten, potensi tu memang ada.
Itu sebabnya ramai orang pilih buat ebook digital sebagai cara buat duit dari rumah dengan Etsy dan Canva.
Soalan Lazim (Q&A)
1. Perlu pandai design untuk buat ebook?
Tak perlu. Canva dah sediakan banyak template percuma yang senang nak guna.
2. Boleh guna ChatGPT untuk tulis semua isi ebook?
Boleh. Tapi edit semula supaya gaya penulisan nampak natural dan sesuai dengan pembaca.
3. Perlu modal besar untuk mula jual ebook di Etsy?
Tak perlu. You cuma perlukan akaun Etsy dan masa untuk hasilkan ebook.
4. Macam mana nak bagi ebook nampak menarik di Etsy?
Gunakan mockup profesional supaya pelanggan nampak ebook tu realistik dan premium.
5. Boleh jual ebook PLR semula?
Boleh, asalkan PLR tu ada lesen jual semula dan you edit semula supaya nampak unik.