Pernah tak rasa overwhelmed dengan semua maklumat dan pilihan yang ada?
Nak mulakan sesuatu, tapi tak tahu nak start kat mana? 😅
I rasa ni perkara normal kan. Bahasa mudahnya rambang mata sampai overwhelmed.
Dan overwhelmed ni menyebabkan paralysis. Paralysis ni lumpuh.
Meaning, satu apa pun tak jadi, STOP terus disebabkan overwhelmed sangat..
Masa I mula nak berjinak dalam dunia Etsy ni, I ingatkan semuanya mudah.
Buka laptop, buat produk, dan tunggu sales masuk.
Tapi realitinya… bila you buka internet, boom!
Ada terlalu banyak info…
Itu belum kira lagi semua tool dan teknik yang you kena belajar dan kuasai. 🤯
Sampai satu tahap, I rasa macam…
“Adakah aku mampu?”🤔
Tapi lama kelamaan,.
Selepas berpuluh-puluh kali overwhelmed dan stuck. 😅
I dah belajar satu tips ni untuk keluar dari masalah overwhelmed ni. iaitu..
BABY STEP 👣👣
Yep, Kunci disini adalah mula dengan satu langkah kecil👣.
Sounds simple kan? But, it’s critical to avoid overwhelmed.
Sebab bila you overwhelmed, rasa macam terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa, you akan TERUS ELAK benda tu.
I don’t know about you, tapi I macam tu.
So..
Ambil satu keputusan DAN fokus pada satu benda sahaja..
JUST ONE THING AT A TIME ☝🏼
Maybe mula dengan satu produk dulu, then, later baru explore niche lain yang sesuai.
Lama-lama, everything will become easy to you.
Overwhelmed hilang, progress pun nampak..
Dan bila I tengok balik perjalanan I buat konsisten 4 angka di Etsy without A MISS since 2020, semua yang besar ni bermula dengan satu langkah kecil juga.
So, don’t stress.
You got this! 💪
Much love,
Anys